Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba diasaskan pada bulan Februari 1988. Sekolah ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah Darul Aman. Jarak antara sekolah ini dengan Bandar Jitra ialah lebih kurang 13 kilometer. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun dan penuntutnya pada ketika itu ialah seramai 64 orang. Disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, pada bulan Januari, 1949, sekolah ini telah berpindah dan menumpang di Sekolah Kebangsaan Hosba sehingga November 1994. Ketika itu persekolahan dalam dua sesi disebabkan oleh kekurangan prasarana.

Pada 1 Disember 1994, sekolah ini berpindah ke bangunannya sendiri yang telah siap dibina bertempat di Pekan Napoh, Mukim Hosba, Jitra.

PENGERTIAN HOSBA

Hosba adalah nama sejenis pokok yang tumbuh di kawasan ini dan sekarang sukar didapati.

Bersempena dengan nama tempat di mana sekolah didirikan.

 

SENARAI NAMA PENGETUA YANG PERNAH BERKHIDMAT:

  1. En. Jamaluddin Bin Md Noor.  (1988-1989)
  2. Tn. Hj. Ahmad Bin Marzuki.  (1989- 1991)
  3. Tn. Hj. Hashim Bin Omar.  (1991-1993)
  4. Tn. Hj. Abu Bakar Bin Yahaya.  (1993- 1995)
  5. Datin Hjh. Aishah Binti Ibrahim.  (1995-1998)
  6. Pn. Hjh. Noripah Binti Md Shah.  (1998)
  7. Tn. Hj. Abd. Rahman Bin Mustafa.  (April 1998- 2000)
  8. Tn. Hj. Abu Bakar Bin Yaakub.  (2001- 2007)
  9. En. Abdul Rahman Bin Abdullah.  (2007- 2008)
  10. Pn. Hjh. Khatijah Binti Mahmud (2008 – 2010)
  11. Tn. Hj. Ismorning Bin Ismail  (2010- sekarang)